suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ranking Fifa Malaysia Jatuh Ke-158

KUALA LUMPUR: Malaysia turun satu anak tangga kepada kedudukan 158 dunia dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Menurut laman web rasmi FIFA www.fifa.com, penurunan ranking skuad Harimau Malaya itu adalah disebabkan peningkatan tiga anak tangga oleh pasukan Mauritius yang kini menghuni tempat ke-157.

Kedudukan itu menjadikan Malaysia kekal dalam kelompok bersama Sudan (155), Papua New Guinea (156), Moldova (159), Singapura (160) dan Taiwan (161).

Iran kekal pasukan terbaik Asia dengan menduduki ranking ke-28 dunia diikuti Korea Selatan (43), Jepun (44) dan Australia (50).Sementara itu, tiada perubahan pada kelompok 20 pasukan teratas bulan ini dengan Brazil terus mendahului di depan negara jiran, Argentina, Jerman dan Chile.

Madagascar menjadi pasukan yang menunjukkan peningkatan paling besar bulan ini apabila naik sembilan tangga ke posisi 111 manakala Malawi merosot teruk iaitu turun 14 tangga kepada 114.

Ranking bulanan ini membabitkan 206 negara.-Bernama

Ranking Malaysia, jatuh, 158

Artikel Berikut

Artikel Lain