suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Kami Masih Dibayangi Insiden Letupan" - Sahin

Nuri Sahin.

PEMAIN Borussia Dortmund, Nuri Sahin mengakui pasukan itu masih dihantui insiden letupan bom yang berlaku pada malam Selasa sehingga menjejaskan rentak permainan mereka yang membawa kepada kekalahan 2-3 kepada Monaco pada aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengarahkan Dortmund untuk beraksi malam Rabu selepas jadual di Signal Iduna Park ditangguhkan ekoran tiga siri letupan yang menggegar bas pasukan itu ketika mereka meninggalkan hotel.

Akibat insiden itu pemain pertahanannya, Marc Bartra mengalami kecederaan di bahagian tangan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Pengurus Thomas Tuchel sebenarnya tidak mahu perlawanan itu diadakan tetapi Dortmund tetap menghormati arahan UEFA.

Dortmund ketinggalan 2-0 pada babak pertama.

Namun jaringan Ousmane Dembele dan Shinji Kagawa memberi peluang kepada Dortmund untuk bangkit pada aksi timbal balik minggu depan.

Bercakap kepada stesen televisyen Norway, Sahin menjelaskan bahawa pemain Dortmund masih terkejut dengan insiden itu.

"Ia sukar untuk bercakap mengenainya. Saya tidak tahu orang ramai boleh faham perkara ini tetapi sepanjang berada di atas padang saya tidak fikir mengenai bola sepak," katanya.

Sahin berkata pemain pertahanan Sokratis dilihat tidak dapat menahan emosi ketika didekati penyokong Dortmund selepas perlawanan tamat.

"Kami amat cintakan bola sepak, kami menanggung derita dan saya tahu kami dapat banyak wang dan ada kehidupan yang mewah. Kami juga manusia biasa dan tragedi malam semalam benar-benar memberi kesan kepada kami.

"Saya masih ketakutan... apabila anda berada di dalam bas malam semalam... saya tidak boleh lupa peristiwa itu sepanjang hidup saya," katanya.

Artikel Sebelum

Moral Pemain Lemah - Zahasmi

Artikel Lain