Moral Pemain Lemah - Zahasmi

KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail mengakui moral pemainnya yang lemah menjadi punca pasukannya tewas di halaman sendiri pada aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad IV malam Rabu.

Beliau berkata walaupun mereka mendahului JDT 2-0 pada awal permainan, namun disebabkan beberapa keputusan pengadil perlawanan Md Nazmi Nasaruddin telah memberi kesan kepada para pemain.

"Saya lihat semangat pemain saya mula lemah selepas pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti kepada pasukan JDT pada minit ke-29.

"Sebagai seorang jurulatih, saya melihat mutu pengadil juga mencorakan permainan pasukan saya. Mungkin beberapa keputusan kurang tepat dilakukan oleh pengadil membuatkan pemain saya sedikit kecewa," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Zahasmi berkata beliau menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi melakukan tindakan susulan berkaitan keputusan pengadil perlawanan tersebut kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Mungkin pihak kami akan menghantar video perlawanan kepada FAM untuk diteliti kembali keputusan yang dilakukan oleh pengadil perlawanan terutamanya tindakan memberikan sepakan penalti kepada pasukan lawan.

"Walaupun kami mengetahui kami tidak boleh mempertikai keputusan pengadil, namun pihak kami akan melakukan sesuatu yang terbaik untuk dijadikan sebagai pengajaran," katanya.

Kelantan tewas 2-3 kepada JDT yang gol Kelantan dijaringan Muhamad Ghaddar pada minit ke-5 dan ke-15 manakala gol JDT dijaringkan Safiq Rahim pada minit ke-20, Gabriel Migual Guerra (penalti minit ke-29) dan Gonzalo Gabreil Cabrera minit ke-30.

Sementara itu, Ketua Jurulatih JDT Benjamin Mora menyifatkan kemenangan mereka ke atas Kelantan merupakan bonus bagi pasukannya yang bermain di gelanggang lawan.

Beliau berkata menentang Kelantan adalah satu perlawanan yang sukar kerana pasukan tuan rumah mempunyai semangat yang tinggi untuk menang namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Kelantan kekal berada pada kedudukan keenam liga selepas sembilan perlawanan dengan mengumpul 12 mata hasil daripada empat kemenangan dan lima kalah. - BERNAMA

Kelantan, Liga Super, JDT

Artikel Sebelum

"Jangan Lena Dibuai Mimpi"

Artikel Berikut

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia