suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Malaysia: Beregu Lelaki Negara Tersingkir

KUCHING: Beregu utama lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tersingkir di pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Malaysia selepas dikejutkan pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Or Chin Chung pada Rabu.

Sokongan peminat yang memenuhi Stadium Perpaduan, Petra Jaya, di sini gagal membantu pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 yang juga pilihan utama kejohanan, apabila tewas 17-21, 21-23 dalam masa 36 minit.

Namun kekecewaan peminat terubat apabila satu lagi pasangan negara, Choo Kah Ming-Low Juan Shen meneruskan kemaraan ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Taiwan, Lee Jhe-huei-Lee Yang 22-20, 21-16.

Pasangan Kah Ming-Juan Shen menamatkan permainan dalam masa 37 minit. - BERNAMA

Terbuka Malaysia, beregu lelaki

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain