suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nadal Mara Ke Final Terbuka Miami

Rafael Nadal.

RAFAEL Nadal berpeluang cerah untuk mengakhiri badi kejuaraan di Terbuka Miami apabila mara ke final selepas menewaskan pemain Itali, Fabio Fognini 6-1, 7-5, awal pagi Sabtu.

Fognini pemain bukan pilihan dilihat berdepan kesukaran pada set pertama yang dikuasai Nadal.

Pemain Itali itu yang menghadapi masalah di bahagian siku bangkit memberi tentangan sengit pada set kedua tetapi kesilapan berganda yang dilakukannya pada mata akhir, membolehkan kemenangan berpihak kepada Nadal.

Nadal akan beraksi pada final kelima di Miami tetapi tidak pernah memenanginya.

Dia dijangka bertemu musuh tradisi, Roger Federer yang akan turun menentang pemain Australia, Nick Kyrgios dalam satu lagi pertembungan separuh akhir.

"Saya beraksi dengan baik pada set pertama. Fognini melakukan banyak kesilapan. Pada set kedua, ia bukan kerana hilang tumpuan, tetapi saya kurang bernasib baik, " kata Nadal.

Rafael Nadal, Terbuka Miami

Artikel Lain