suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peng Soon-Liu Ying Isi Slot Ke Separuh Akhir Terbuka India

KUALA LUMPUR: Beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying meneruskan cabaran di kejohanan badminton Siri Super Terbuka India apabila melepasi halangan mereka di suku akhir di Stadium Tertutup Siri Fort, di New Delhi pada Jumaat.

Mereka yang diletakkan sebagai pilihan keempat memastikan tempat ke separuh akhir selepas menyingkirkan gandingan Korea Selatan, Kim Gi Jung-Shin Seung Chan 22-20, 19-21, 21-15, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia www.bwfbadminton.org.

Di separuh akhir pada Sabtu, Peng Soon-Liu Ying akan berdepan pilihan utama, Zheng Siwei-Chen Qingchen yang mara selepas menewaskan pasangan Jepun, Kenta Kazuno-Ayane Kurihara 21-12, 21-16.

Peng Soon-Liu Ying menjadi wakil tunggal negara yang tinggal di kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah US$325,000 (RM1.436 juta), selepas beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tewas dalam aksi suku akhir mereka.

Mereka tewas 15-21, 17-21 kepada pilihan kelima, Li Junhui-Liu Yuchen dari China. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain