suria

Empat Pemain JDT Aset Negara

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaysia, Mario Gomez mempertahankan tindakan empat tonggak utama Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mahu kembali menyarung jersi skuad kebangsaan itu.

Pada masa sama, beliau turut menyifatkan Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Amirulhadi Zainal dan S. Kunalan sebagai aset negara.

"Mereka telah banyak menabur bakti dan jasa kepada negara sebelum mereka membuat keputusan bersara dari peringkat antarabangsa," katanya dalam kenyataan di laman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pada Selasa, bekas pemain negara era 70-an, Khalid Ali mengkritik keputusan empat pemain itu dan menegaskan mereka tidak perlu lagi diberi peluang atau diterima semula dalam pasukan.

Khalid berkata, keempat-empat pemain itu sepatutnya berasa kesal kerana tidak bersikap profesional dan bertanggungjawab untuk mewakili negara sebelum ini.

Namun, Gomez menegaskan hanya mereka yang tidak tahu mengenai bola sepak akan menyangkal kenyataan dan menafikan kehebatan empat pemain itu.

"Dengan pengetahuan saya tentang taktikal permainan sebahagian pemain tempatan, ianya adalah satu corak permainan baru yang akan digunakan untuk skuad kebangsaan," katanya.

Pada tahun lalu, empat tonggak utama JDT itu mengumumkan persaraan mereka daripada skuad negara dengan alasan mahu memberi peluang kepada muka-muka baharu.

Namun selepas pelantikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebagai presiden baharu FAM pada Sabtu lalu, keempat-empat pemain itu dilaporkan mahu kembali menyarung jersi negara.

Mario Gomez, JDT, Harimau Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain