suria

Chelsea Tawar Gaji Lumayan Terhadap Hazard

CHELSEA akan berbincang dengan Eden Hazard mengenai kontrak baharu bernilai 300,000 pound seminggu pada bulan depan.

Sunsport mendedahkan rundingan mengenai perjanjian yang ditambah baik itu dijadualkan pada hujung musim ini.

Namun Chelsea memutuskan untuk mempercepatkan rundingan itu kerana Hazard kini menjadi sasaran utama Real Madrid pada musim panas ini.

Pemain berusia 26 tahun itu dalam proses melantik ejen baharu sekali gus merumitkan keadaan.

Chelsea dilaporkan mahu menghalang Real dan akan menawarkan kontrak baharu terhadap Hazard walaupun dia sudah menerima kenaikan gaji sebanyak 200,000 seminggu dua tahun lalu.

Eden Hazard, Chelsea, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Lain