suria

Kelayakan Piala Dunia: Messi Digantung Empat Perlawanan

Messi bertengkar dengan pembantu pengadil pertama Emerson Augusto de Carvalho ketika aksi bertemu Chile 23 Mac lalu.

PENYERANG Argentina, Lionel Messi digantung empat perlawanan antarabangsa sebelum perlawanan Kelayakan Piala Dunia bertemu Bolivia kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengawai perlawanan.

Keputusan tersebut diumumkan enam jam sebelum aksi di La Paz sekaligus menyaksikan pemain terbaik dunia lima kali itu hanya akan bermain satu daripada lima saingan kelayakan Piala Dunia.

"Lionel Messi didapati bersalah kerana menggunakan perkataan menghina terhadap penolong pengadil," jelas satu kenyataan dalam laman web Fifa.

"Sebagai hukumannya, Messi akan digantung empat perlawanan dan denda sebanyak 8,110 pound (RM44,552).

"Hukuman pertama akan terus dijalankan pada aksi Kelayakan Piala Dunia bertemu Bolivia dan Argentina (Selasa).

"Manakala hukuman seterusnya diteruskan pada perlawanan kelayakan berikutnya".

Messi melakukan perbuatan itu kepada penolong pengadil pertama, Emerson Augusto de Carvalho ketika aksi bertemu Chile 23 Mac lalu 

Berikutan keputusan itu, Argentina kehilangan 'ayam tambatannya' sehingga tewas di tangan Bolivia 2-0 pada aksi tersebut.

Messi bakal terlepas aksi bertemu Peru, Uruguay dan Venezuela manakala bintang Barcelona itu hanya dapat bemain pada saingan akhir kumpulan menentang Ecuador pada Oktober depan.

lionel messi, digantung, Argentina

Artikel Lain