Arsenal 'Pancing' Tuchel Ganti Wenger

ARSENAL dilaporkan cuba 'memancing' Thomas Tuchel untuk mengambil alih tugas Arsene Wenger di  Stadium Emirates.

Bagaimanapun pengurus kelahiran Jerman berusia 43 tahun itu lebih selesa bersama Borussia Dortmund.

Menurut laporan Bild, Arsenal telah menghubungi Tuchel untuk berbincang mengenai perkara tersebut.

Namun tawaran tersebut ditolak sekaligus menyaksikan hanya tinggal seorang sahaja calon terdekat buat Arsenal iaitu Max Allegri yang dijangka akan meninggalkan Juventus.

Sebaliknya, jika laporan tersebut bukan sekadar khabar angin, ia bermakna Wenger telah membuat keputusan untuk meninggalkan kelab yang dibimbingnya selama 21 tahun.

Kontrak Wenger bersama The Gunners bakal berakhir penghujung musim ini, namun mempunyai pilihan sambungan selama dua tahun.

Sebelum ini, penyokong-penyokong meminta supaya Wenger meninggalkan kelab selepas aksi tidak konsisten, dan terbaharu selepas tewas 3-1 kepada West Brom Sabtu lalu.




"Saya tahu apa saya buat dan anda juga akan tahu tidak lama lagi," jelas Wenger.

Arsenal kini berada di tangga keenam liga dan berada dalam zon bahaya kelayakan Liga Juara-Juara musim depan.

Mereka juga bakal berdepan dengan Manchester City dalam aksi separuh akhir Piala FA.
Arsenal, Arsene Wenger, Thomas Tuchel

Artikel Berikut

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain