suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rosberg Mahu Terus Terlibat Dalam F1

JUARA dunia Formula Satu (F1), Nico Rosberg mendedahkan dia akan terus terlibat dalam dunia permotoran walaupun sudah membuat keputusan bersara musim lalu.

Rosberg mengumumkan persaraannya musim lalu selepas merangkul trofi dunia di Abu Dhabi musim lalu.

Bagaimanapun bekas pelumba kelahiran Jerman itu belum memutuskan komitmen yang bakal diberikan dan bertegas tidak akan kembali ke litar.

"Saya lebih positif dengan cara baharu dan selesa dengan perancangan tersebut.

"Apa yang pasti, saya mahu kekal dengan dunia permotoran dan apa sahaja yang berkaitan.

"Namun tidak akan kembali sebagai pelumba, tidak mungkin. Saya sangat bersyukur dan mengharungi cabaran hidup selepas bersara.

"Saya telah menerima mencapai apa yang dikehendaki. Kini, kehidupan baharu saya merupakan cabaran yang lebih besar (seperti dalam F1).

"Saya mahu berjaya, tetapi kini perlu memutuskan apa yang hendak dilakukan  malah perlu sedar saya bukan lagi seperti seorang pelumba," kata bekas pelumba pasukan Mercedes itu.

Nico Rosberg, F1, Mercedes

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain