Khairy Mahu Pihak Terlibat Patuhi 'Gentlemen's Agreement'

PUTRAJAYA:  Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berharap pihak yang terlibat dengan 'gentlemen's agreement' berhubung peralihan kuasa dalam kepimpinan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), mematuhi perjanjian itu.

Beliau berkata individu yang terlibat dalam perjanjian itu perlu jujur dan menghormati perkara yang dipersetujui, walaupun ia bukan perjanjian rasmi atau bertulis.

"Ia bukan perjanjian rasmi atau bertulis, tetapi perjanjian yang dibuat secara lisan antara beberapa individu dan saya rasa mereka yang terlibat itu mesti menghormatinya. 

"Sekiranya kita rasa kita menghormati perjanjian itu, maka lebih baik kita mematuhi perjanjian tersebut. Bila perjanjian itu bukan perjanjian bertulis, kita tidak dapat memaksa atau menguatkuasakan perjanjian tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan perjanjian kerjasama penajaan di antara Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (MASOC) dan syarikat pembungkusan plastik, SCGM Berhad di kementeriannya di sini, Isnin.  

Bernama sebelum ini melaporkan Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff, yang berehat daripada memegang jawatan itu sejak Oktober 2015, membuat perjanjian dengan dua pemimpin tertinggi persatuan tersebut.

Menurut perjanjian itu, timbalan presiden Tan Sri Al Amin Abd Majid akan memangku jawatan tersebut sehingga tamat Sukan Olimpik Rio 2016 atau berakhirnya penggal jawatankuasa sedia ada.

Selepas itu, beliau perlu memberi laluan kepada seorang lagi timbalan presiden, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bagi mengisi jawatan presiden.

Bagaimanapun, Al Amin yang turut berminat menduduki kerusi nombor satu badan induk itu, menafikan beliau terbabit dengan ‘gentlemen’s agreement’ berkenaan.

Pemilihan BAM dijangka berlangsung pada mesyuarat agung tahunan (AGM) akhir bulan depan.

Sementara itu, menggulas mengenai kejayaan atlet lompat tinggi wanita negara, Yap Sean Yee yang berjaya memperbaiki rekod kebangsaan miliknya, Khairy berkata kejayaan itu memberi petanda yang baik buat Sukan SEA Kuala Lumpur dan sukan olahraga. 

"Kita mencatat antara prestasi yang paling buruk di Sukan SEA Singapura 2015.

Ramai yang ingin melihat kebangkitan olahraga Malaysia...Saya berharap ianya bermula di Sukan SEA nanti," katanya. 

Atlet pelapis kebangsaan itu mencatat lompatan 1.81 meter pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur (MSSKL) di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Setiawangsa semalam untuk mengatasi rekod terdahulu 1.79m yang dilakarkan pada Kejohanan Terbuka Pahang 2015. -Bernama

Khairy Jamaluddin, Sukan Sea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain

Hanya 1 kes baharu Covid-19