suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suku Akhir Liga Europa: Man United Bertemu Anderlecht

MANCHESTER United diundi bertemu Anderlecht dalam saingan suku akhir Liga Europa pada 13 April ini di Brussels.

United yang menjadi wakil tunggal kelab Inggeris mara ke saingan lapan terbaik itu selepas menumpaskan FC Rostov secara agregat 2-1 pada aksi awal pagi Jumaat.

Malah skuad Jose Mourinho ini juga dilihat menjadi pilihan untuk merangkul trofi juara Liga Europa buat kali pertama , namun mereka perlu menyingkirkan kelab Belgium itu terlebih dahulu sebelum mara separuh akhir.

Selain itu, Celta Vigo bakal berdepan dengan Genk, manakala Ajax menentang Schalke.

Satu lagi slot suku akhir itu menyaksikan Lyon bakal melayan kunjungan Besiktas pada pusingan pertama di laman sendiri.

Aksi pusingan pertama dimainkan serentak pada 13 April depan manakala perlawanan timbal balik pada 20 April.

Undian penuh perlawanan suku akhir Liga Europa.

Anderlecht lwn Manchester United

Celta Vigo lwn Genk

Ajax lwn Schalke

Lyon lwn Besiktas

Artikel Lain