LEICESTER City bakal berdepan dengan Atletico Madrid dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara.
Leicester yang pertama kali beraksi dalam saingan ini bakal berdepan dengan cabaran sengit daripada anak buah Diego Simeone.
Juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu akan terbang ke Sepanyol pada 12 April ini sebelum aksi timbal balik, 18 April.
Sementara itu, juara bertahan liga Eropah ini, Real Madrid diundi bertemu Bayern Munich, manakala Barcelona menentang Juventus.
Satu lagi perlawanan suku akhir menyaksikan Monaco melawan Borussia Dortmund.
Undian penuh perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara:
Pusingan pertama:
11 April
Borussia Dortmund lwn Monaco
Juventus lwn Barcelona
12 April
Atletico Madrid lwn Leicester
Bayern Munich lwn Real Madrid
Pusingan kedua (Timbal balik)
18 April
Leicester lwn Atletico Madrid
Real Madrid lwn Bayern Munich
19 April
Monaco lwn Borussia Dortmund
Barcelona lwn Juventus


