suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala AFC B23: Skuad Malaysia Diundi Dalam Kumpulan Maut

KUALA LUMPUR:  Skuad bawah 22 (B-22) negara berdepan laluan sukar selepas diundi dalam kumpulan maut bagi pusingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di China pada 2018.

Anak buah Frank Bernhardt itu diundi dalam Kumpulan H bersama-sama Indonesia, Mongolia dan Thailand, yang bakal menjadi tuan rumah bagi pusingan kelayakan kumpulan berkenaan.

Pusingan kelayakan dijadual berlangsung dari 19 hingga 23 Julai ini, dengan juara dan enam naib juara kumpulan terbaik, akan melayakkan diri ke pusingan akhir. 

Sebanyak 40 negara yang dibahagikan kepada 10 kumpulan bakal bersaing bagi merebut tempat ke pusingan akhir di China yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 17 Februari tahun depan.

Sementara itu, Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John berkata melihat kepada undian Jumaat, pasukan negara bakal berdepan laluan getir apabila bakal bertemu musuh tradisi, Indonesia dan Thailand.

"Ia medan terbaik buat skuad Malaysia mengukur tahap keserasian kerana ia seperti perlawanan yang bakal Malaysia tempuhi pada Sukan SEA nanti," katanya ketika ditemui pada majlis undian berkenaan di AFC House, Bukit Jalil, Jumaat.

Skuad B-22 negara ketika ini berada di Dubai bagi menghadapi Kejohanan B-23 Piala Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bermula Isnin ini, sebagai pasukan bayangan yang akan menggalas cabaran pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017,pada Ogos. -Bernama

B-22, Frank Bernhardt

Artikel Lain