suria

Koeman Tidak Bimbang Kehilangan Lukaku

PENGENDALI Everton, Ronald Koeman mengakui tidak bimbang dengan tindakan Romelu Lukaku yang enggan melanjutkan kontrak bersama kelab itu.

Koeman sebaliknya masih menyenaraikan pemain Belgium berkenaan dalam skuad utama untuk perlawanan seterusnya.

Lukaku, 23, dikritik penyokong Everton selepas menyatakan untuk tidak melanjutkan kontrak bersama kelab itu dan sedia berhijrah pada akhir musim ini.

"Setiap pemain mempunyai cita-cita mereka. Setiap pemain ingin bermain di Liga Juara-Juara Eropah dan ini perkara biasa.

"Mungkin satu daripada enam kelab besar akan melakukan tindakan susulan selepas ini," jelas Koeman.

Tambahnya, setiap pemain juga perlu menghormati kontrak mereka manakala penyokong pula perlu tahu apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak.

Setakat ini, Chelsea dilaporkan sedang mengintai Lukaku yang bernilai £70 juta.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain