suria

Kami Ada Banyak Musuh, Mungkin Akan Kalah - Mourinho

Jose Mourinho. -fotoAFP
PENGURUS Manchester United Jose Mourinho memuji pemainnya selepas berjaya membawa kelab itu ke suku akhir Liga Europa dengan kemenangan 1-0 ke atas Rostov.

Walau bagaimanapun, Mourinho mengisytiharkan bahawa kelab itu mempunyai 'banyak musuh dan sering berdepan cemuhan' yang akan menyaksikan pasukannya mungkin bakal berdepan kekalahan dalam perlawanan menentang Middlesbrough hujung minggu ini.


"Kami mempunyai banyak musuh," kata Mourinho kepada BT Sport.

"Sepatutnya musuh kami adalah Rostov tetapi kami mempunyai (lebih) banyak musuh.

"Sukar. Sukar untuk bermain pada malam Isnin dengan 10 pemain, sukar untuk bermain sekarang, sukar untuk bermain pukul 12 pada Ahad. Kami mempunyai banyak musuh.

"Para pemain sangat hebat. Saya dapat membayangkan bahawa sesetengah orang akan berkata kami perlu bermain lebih baik dan kami perlu menjaringkan lebih banyak gol.

"Hakikatnya, banyak perkara berlaku terhadap kami. Dan kami perlu berjuang, jadi para pemain begitu luar biasa."


Mourinho kemudian mengalih tumpuan kepada perlawanan menentang Middlesbrough.

Dia menambah: "Mungkin kami akan kalah dalam perlawanan Ahad ini. Tetapi kami akan cuba yang terbaik."

Jose Mourinho, musuh Man United

Artikel Lain