suria

Lukaku Tolak Kontrak Baharu Everton

ROMELU Lukaku menolak tawaran kontrak baharu daripada Everton.

Kelab itu dilaporkan telah menawarkan kontrak baharu kepada pemain berusia 23 tahun tersebut dengan gaji kira-kira 140,000 pound seminggu.

Pada hujung musim lalu, Lukaku mahu berhijrah ke kelab lain tetapi Everton memujuknya supaya kekal.

Everton yang menduduki tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris merekodkan prestasi cemerlang di bawah kendalian Pengurus Ronald Koeman.

Mereka yakin berupaya merebut slot untuk beraksi pada kejohanan Liga Europa musim depan.

Malah Lukaku turut disifatkan sebagai pemain bintang Everton selepas mengambil kira prestasi cemerlangnya di Goodison Park.

Namun, Lukaku berhasrat untuk berhijrah ke kelab lain kerana dia mahu beraksi di pentas Liga Juara-Juara.

Mino Raiola, ejen Lukaku sebelum ini memberitahu pemain kebangsaan Belgium itu komited bersama Everton tetapi dia masih belum menandatangani kontrak baharu.

Awal minggu ini, Lukaku mengesahkan dia tidak mahu memperbaharui kontraknya.

Lukaku merupakan penjaring terbanyak dalam aksi Liga Perdana Inggeris di samping Hary Kane.

Dia menjaringkan 18 gol pada musim lalu walaupun Everton menamatkan saingan liga di tempat ke-11.







Romelu Lukaku, Everton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain