suria

Arsenal Setuju Perjanjian Secara Lisan Allegri Ganti Wenger

ARSENAL dilaporkan bersetuju kontrak perjanjian dengan Max Allegri secara lisan untuk mengambil alih jawatan Arsene Wenger pada musim hadapan.

Allegri telah mengadakan rundingan dengan Arsenal sejak hujung tahun lalu dan khabar angin mula bertiup kencang apabila dia dikatakan akan menggantikan Wenger jika pengurus itu memutuskan untuk meninggakan kelab tersebut musim panas ini.

Pengurus Juventus itu kini hanya perlu menunggu keputusan Wenger sama ada dia mahu menandatangani kontrak lanjutan di Arsenal selama dua tahun atau angkat kaki.

Malah, lembaga pengarah The Gunners turut tidak sabar untuk mengetahui jawapan Wenger yang hanya akan mengumumkan masa depannya pada hujung bulan ini.

Allegri, 49, dijangka meninggalkan Juve selepas bertelagah dengan beberapa pemain senior.

Pada masa sama, dia tidak menyembunyikan keinginannya untuk berhijrah ke England dan mengemudi sebuah kelab dalam saingan Liga Perdana Inggeris.




Max Allegri, Arsene Wenger, Arsenal

Artikel Sebelum

Ilso Larsen Temui Rentak

Artikel Berikut

Artikel Lain