suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Benam Arsenal 3-1

KEPUTUSAN Arsene Wenger meletakkan Alexis Sanchez di bangku simpanan ketika Arsenal bertemu Liverpool di Anfield akhirnya memakan diri selepas anak buahnya tewas 1-3 kepada pasukan tuan rumah, awal pagi Ahad.

Liverpool berada di depan menerusi gol Roberto Firmino dan Sadio Mane masing-masing pada minit kesembilan dan 40.

Selepas ketinggalan 2-0, Wenger akhirnya menurunkan Sanchez pada separuh masa kedua di Anfield.

Kehadiran pemain kebangsaan Chilie itu jelas mengubah rentak permainan Arsenal apabila hantarannya berjaya memperdaya Nathaniel Clyne dan Matip untuk mudah disempurnakan Welbeck pada minit ke-57.

Namun, ketika pertarungan untuk berada di kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) kian sengit, Arsenal sekali lagi dipalit kecewa selepas Georginio Wijnaldum menambah gol ketiga Liverpool pada masa kecederaan.

Kekalahan itu menyaksikan Arsenal turun ke tangga kelima liga dan tercicir dua mata daripada kedudukan empat teratas.

Ia juga merupakan kekalahan ketiga daripada empat perlawanan liga mereka.

Liverpool kini naik ke tangga ketiga liga dengan mengutip 52 mata daripada 27 perlawanan.

Walaupun Arsenal beraksi lebih baik pada babak kedua, Liverpool kekal bertahan dengan baik sebelum menjaringkan gol ketiga pada masa kecederaan.


Arsenal, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Lain