suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurulatih Tempatan Jadi Pilihan Ganti Razip - PFA

Razip Ismail.

KANGAR: Jurulatih tempatan menjadi pilihan bagi menggantikan Ketua Jurulatih Perlis Razip Ismail yang melepaskan jawatannya malam Sabtu, kata Pengurus Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Afifi Osman.

Beliau berkata tiga nama sudah disenarai pendek bagi membimbing skuad Singa Utara menghadapi saingan seterusnya, namun beliau enggan mendedahkan nama tersebut.

"Senarai pendek calon untuk mengisi kekosongan berkenaan sudah ada dan kita juga telah memanjangkan tawaran kontrak secara bertulis kepada mereka.

"Namun, kita jangkakan keputusan akan diketahui selewat-lewatnya sebelum Perlis menentang Sarawak dalam saingan Piala FA pada Sabtu depan (11 Mac)," katanya.

Kontrak Razip sepatutnya sehingga akhir tahun ini, namun beliau memilih untuk mengundurkan diri, katanya.

Jawatan ketua jurulatih skuad Singa Utara kosong setelah Razip meletak jawatan susulan kekalahan memalukan 0-5 Perlis kepada Kuantan FA dalam saingan Liga Perdana di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam Sabtu.

Perlis kini menduduki tempat tercorot dalam Liga Perdana, dengan hanya mengutip dua mata selepas lapan perlawanan. - BERNAMA

Razip Ismail, PFA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain