suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Gol Lewat Ronaldo Bantu Real Madrid Ikat Las Palmas

REAL Madrid bangkit selepas ketinggalan 3-1 dengan hanya beraksi 10 pemain sebelum mengikat Las Palmas 3-3 pada saingan La Liga di Santiago Bernabeu, awal pagi Khamis.

Keputusan seri itu membolehkan seteru Real, Barcelona kekal di tangga teratas selepas membelasah Sporting Gijon 6-1 dalam satu lagi perlawanan berasingan.

Begitupun Real Madrid yang ketinggalan satu mata dengan Barca masih mempunyai satu lagi perlawanan dalam tangan.

Isco meletakkan pasukan tuan rumah di depan pada minit kelapan tetapi Las Palmas menyamakan kedudukan dua minit kemudian menerusi rembatan kencang Tana.

Rentak permainan Real sedikit terjejas selepas Gareth Bale diperintah keluar padang pada babak kedua.

Ia memberi kelebihan kepada Las Palmas untuk mendahului dengan 3-1.

Namun, Cristiano Ronaldo muncul penyelamat Real apabila menjaringkan dua gol berharga masing-masing pada minit ke-86 dan 90.






Cristiano Ronaldo, Real Madrid

Artikel Lain