suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manchester City Mara Ke Suku Akhir Belasah Huddersfield

MANCHESTER City mara ke pusingan suku akhir Piala FA selepas menang besar 5-1 ke atas Huddersfield Town di Stadium Etihad, awal pagi Khamis.

Bekas pemain muda City, Harry Bunn meletakkan Huddersfield di depan seawal minit ketujuh tetapi berjaya diikat Leroy Sane pada minit ke-30.

City terus mengganas apabila Sergio Aguero menyempurnakan sepakan penalti lima minit kemudian dan Pablo Zabaleta menjadikan kedudukan 3-1 sebelum tamat babak pertama.

Aguero kembali mengukuhkan kedudukan kepada 4-1 pada babak kedua sebelum Kelechi Iheanacho melengkapkan keputusan permainan 5-1 pada masa kecederaan.

City dijadualkan bertemu Middlesbrough pada pusingan suku akhir nanti.

Tiga lagi saingan suku akhir menyaksikan pertembungan antara Chelsea dengan Manchester United, Tottenham Hotspur berdepan Millwall dan Arsenal menentang Lincoln dalam perlawanan yang dijadualkan pada 10 dan 13 Mac ini. 


Manchester City, Piala FA

Artikel Lain