suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Donskoy Kejutkan Federer

Evgeny Donskoy.

PEMAIN ranking 116 dunia, Evgeny Donskoy mengejutkan juara Terbuka Australia, Roger Federer apabila menang 3-6 7-6(7) 7-6(5) di pusingan kedua Terbuka Dubai, awal pagi Khamis.

Federer mensia-siakan tiga mata kemenangan pada set kedua dan ketika mendahului 5-2 di set ketiga, sebelum Donskoy bangkit mencatat kemenangan.

Bintang tenis Switzerland berusia 35 tahun itu mendahului dengan 5-1 pada set penentuan sebelum Donskoy menyambar enam mata berturut-turut untuk mengesahkan kemenangan bergaya itu.

Donskoy akan bertemu Lucas Pouille yang berjaya menundukkan Marius Copil 6-1 6-4 pada pertemuan suku akhir.

Sebelum itu, pilihan utama dari Britain Andy Murray menewaskan Guillermo Garcia-Lopez 6-2, 6-0 untuk menempah tiket ke pusingan 16 terakhir.


Roger Federer, Terbuka Dubai

Artikel Lain