suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jentera Mercedes Seribu Kali Lebih Baik - Hamilton

LEWIS Hamilton mendedahkan jentera Mercedes Formula Satu 2017 seribu kali lebih baik daripada yang lain.

Malah Hamilton yakin pasukannya akan terus menjadi perhatian untuk ditewaskan.

Selaku pasukan juara bertahan, Mercedes mula menjalani latihan dan berpuas hati dengan jentera baharu W08 .

Dalam masa sama Hamilton turut berwaspada dengan pesaing terdekatnya, Sebastian Vettel dari pasukan Ferrari.

"Pertama sekali, semua orang cuba menewaskan kamu seawal musim bermula. 

"Kedua, kami adalah juara dunia dan ketiga jentera pasukan saya lebih seribu kali baik daripada orang lain. Dan ia semuanya sudah dijangkakan.

"Kami masih lagi pasukan sempurna, menjadi saingan kepada orang lain, dan hakikatnya masih bergelar juara.

"Kami mempunyai banyak tugas yang perlu diteruskan, jadi apa yang perlu dilakukan adalah fokus dan lakukan yang terbaik," jelas Hamilton.

Mercedes, Lewis Hamilton

Artikel Sebelum

Tan Cheng Hoe Lega

Artikel Berikut

Artikel Lain