suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pahang Rampas Takhta Liga Super Benam PKNS FC 3-0

Pemain Pahang, Matheus Alves Leandro (tengah) diasak dua pemain PKNS FC Shahrul Azhar Ture (kiri) dan Mathias Nicolas L.C. Hadwa pada aksi perlawanan bolasepak Liga Super di Stadium Darul Makmur, Selasa malam. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pahang merampas kembali takhta pendahulu Liga Super selepas membenam PKNS FC 3-0, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri pada aksi di Stadium Darul Makmur, Selasa malam.

Skuad bimbingan Dollah Salleh hanya mengambil masa 12 minit untuk mula menerajui perlawanan menerusi jaringan pembukaan Mohd Afif Amiruddin.

Gol kedua skuad Tok Gajah diperoleh pada minit ke-57 melalui sepakan penalti Matheus Alves Leandro selepas Sumareh Mohamadou dikasari pertahanan lawan.

Rentak cemerlang tuan rumah diteruskan menerusi jaringan pada minit ke-69 selepas lambungan Ahmad Syamim Yahya ke hadapan gawang pelawat berjaya disambar Mohamad Ashari Samsudin bagi Pahang menamatkan perlawanan dengan keputusan 3-0.

Dalam satu lagi pertembungan Liga Super di Stadium Negeri, Petra Jaya, pasukan tuan rumah, Sarawak gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri selepas tewas 0-2 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Penyerang import kelahiran Argentina, Golanzo Gabriel sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang apabila meledak dua gol pada minit kesembilan dan 70 untuk membantu pasukan Harimau Selatan pulang dengan tiga mata. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain