suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Kelantan Diminta Ubah Sikap Bertemu Perak

Zahasmi Ismail.

KOTA BARU: Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail mahu pemainnya mengubah sikap ketika bertemu Perak di gelanggang lawan pada Rabu.

Beliau berkata ini perlu dilakukan berikutan kekalahan tiga kali berturut-turut Kelantan kepada Kedah, Melaka United dan Selangor sebelum ini.

"Pemain perlu bangkit dengan semangat baharu dan melupakan rekod kekalahan di laman sendiri dalam tiga perlawanan sebelum ini. Saya lihat pemain kurang sikap melawan dan mereka perlu ubah sikap ini jika mahu menang pada perlawanan malam esok (Rabu)," katanya.

Zahasmi mahu lebih-lebih lagi pemain pertahanan yang diketuai Mamadou Danso meningkatkan permainan mereka.

"Danso perlu membukitkan kehebatannya dan memainkan peranan lebih efektif di posisi berkenaan bagi mengekang serangan pihak lawan bagi mengelak gawang Kelantan terus dibolosi.

"Barisan pertahanan telah melepaskan tujuh gol dalam lima perlawanan dan jumlah itu amat tidak bagus. Saya mahu dia (Danso) membentuk gandingan mantap dengan pemain pertahanan lain dan lebih agresif terhadap penyerang lawan," kata Zahasmi.

Mengenai perlawanan pada Rabu, beliau mahu skuad The Red Warriors mengutip sekurang-kurangnya satu mata bagi mengembalikan keyakinan mereka.

"Misi kami adalah sekurang-kurangnya seri kerana saya faham pasukan sangat tertekan sekarang kerana gagal mengutip sebarang mata dalam perlawanan sebelum ini," katanya.

Kelantan kini berada di tempat ke-10 Liga Super dengan enam mata selepas menang dua perlawanan dan kalah tiga perlawanan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain