suria

Mareczko Menang Peringkat Ketujuh LTdL 2017

Jakub Mareczko.

REMBAU: Pelumba Itali, Jakub Mareczko memenangi peringkat ketujuh perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 sejauh 148.1km dari Melaka ke Dataran Rembau di sini Selasa.

Kejayaan pelumba pasukan Wilier Triestina itu adalah kedua selepas menjuarai peringkat ketiga dan peringkat paling singkat melibatkan jarak 118km dari Serdang, Kedah ke Pantai Remis, Perak, Jumaat lepas.

Pelumba Amerika Syarikat, Travis McCabe daripada pasukan United Healthcare Pro Cycling dan pelumba Itali, Andrea Palini (Androni Giocattoli), masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Ketua Komisar perlumbaan, Ibrahim Omar, bagaimanapun, memutuskan catatan masa tiga jam 23 minit dan 45 saat kepada 10 perlumba terbaik yang melintasi garisan penamat secara berkelompok.

Kejayaan dua peringkat oleh Marcezko itu membolehkan beliau merampas jersi Teal selaku Raja Pecut daripada pelumba pasukan Dimension Data, Ryan Gibbons dari Afrika Selatan, selepas mengumpul 54 mata selepas tujuh peringkat.

Pelumba pasukan Terengganu Cycling Team, Mohd Shahrul Mat Amin mengekalkan kedudukan sebagai pelumba terbaik Malaysia apabila mencatat masa keseluruhan 26 jam 33 minit 59 saat selepas tujuh peringkat perlumbaan. - BERNAMA

Jakub Mareczko, LTdL 2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain