suria

Tok Gajah Jangan Leka - Dollah

MELAKA: Pemain Pahang diingat agar tidak leka dalam pertemuan seterusnya walaupun mereka kini selesa berada di tangga kedua Liga Super.

Ketua Jurulatihnya Dollah Salleh berkata, biarpun berada di kedudukan teratas  iga di belakang Kedah, mereka perlu mengekalkan momentum yang lebih jitu dalam menempuh perlawanan menentang PKNS FC pada Selasa ini. 

"Walaupun Pahang dapat bermain dengan begitu baik sekali pada malam ini (Sabtu), kita akan terus fokus kerana masa yang kita ada terlalu singkat,"  katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan ketika menentang Melaka United yang berkeputusan Pahang menang 3-1.

Kemenangan itu merupakan kemenangan ketiga berturut-turut Pahang dalam enam perlawanan setakat malam Sabtu.

Dollah berkata Pahang akan terus konsisten sebagaimana disasarkan dan akan merancang strategi terbaik buat pasukan walaupun terdapat beberapa pemain yang cedera. - BERNAMA

Dollah Salleh, Liga Super

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain