suria

Piala EFL: Jika Menang, Mourinho Tak Kisah Rooney Julang Trofi

Jose Mourinho. -fotoAFP
WAYNE Rooney tetap dibenarkan menjulang trofi Piala Liga Inggeris jika Manchester United dapat menewaskan Southampton dalam aksi final pada Isnin, walaupun dia tidak diturunkan, kata pengurus kelab, Jose Mourinho.

Kedudukan Rooney bersama kelab telah menjadi persoalan beberapa minggu kebelakangan ini selepas penyerang itu hanya beraksi selama 45 minit pada Februari dan terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak merancang untuk meninggalkan Old Trafford.

Ketika Mourinho berkata bahawa dia tidak menyenaraikan pemain berusia 31 tahun itu hanya atas sebab-sebab sentimental, dia terus menghormati peranan Rooney sebagai kapten kelab.

Ditanya sama ada dia akan membenarkan Rooney menjulang trofi walaupun hanya berada di bangku simpanan di Wembley, Mourinho memberitahu MUTV: "Saya fikir dia adalah kapten kami. Bermain atau berada di bangku, dia tetap kapten kami.

"Tetapi saya tak peduli. Kami hanya mahu menang. Jika kami menang, saya tak peduli siapa yang menjulang trofi itu. Saya hanya mahu menang perlawanan ini.

"Dia kapten kami, tapi saya tidak fikir dia ambil kisah, saya tidak fikir orang lain peduli. Kami semua hanya mahu menang."

Jika United menang, Mourinho akan menyamai rekod Sir Alex Ferguson dan Brian Clough yang berjaya membawa kelab memenangi Piala Liga buat kali keempat sebagai seorang pengurus, dan dia bersetuju dengan kepercayaan Ferguson bahawa sebarang trofi akan membawa makna satu tahun yang positif.


"Amat sukar untuk memenangi trofi di England dan di sesetengah negara ia sangat mudah apabila anda berada di kelab yang betul."

Ditanya sama ada peluang untuk menyamai rekod menambahkan tekanan buat dirinya, Mourinho berkata: "Saya tidak gemuruh. Telah bertahun-tahun saya dalam bola sepak, banyak perlawanan akhir. Saya mahu bermain, saya mahu menang, saya mahu rasa bertanggungjawab, tanggungjawab yang besar, itu sahaja."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain