suria

Schmeichel Pemain Pertama Bersuara Selepas Ranieri Dipecat

KASPER Schmeichel menjadi pemain Leicester pertama yang bersuara selepas pemecatan Claudio Ranieri, Jumaat.

Schmeichel telah mengucapkan penghargaannya kepada Ranieri di Instagram selepas pengurus dari Itali itu dipecat oleh kelab.

Ranieri yang telah membawa Leicester meraih gelaran juara Liga Perdana Inggeris hanya sembilan bulan lalu, telah disingkirkan daripada kelab itu yang kini hanya satu mata di atas zon penyingkiran.

Penjaga gol Leicester, Schmeichel telah menjadi pemain Leicester pertama yang 'buka mulut' berikutan pemecatan mengecut Ranieri selepas timbulnya laporan menyatakan pemecatan Ranieri dibuat atas kehendak pemain sendiri.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Claudio untuk semua yang telah dia dilakukan terhadap Kelab Bola Sepak Leicester City dan kepada diri saya secara peribadi," kata Schmeichel.

"Dia layak diberikan penghormatan dan pujian besar untuk pencapaiannya di sini bersama kami. Terima kasih bos."

Dilaporkan bahawa Ranieri telah kehilangan sokongan daripada pemain sebelum dipecat, manakala Sky Sports News percaya pengurus berusia 65 tahun itu hanya mempunyai isu dengan seorang atau dua pemain kelab itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain