suria

Gibbons Juara Peringkat Kelima LTdL 2017

Pelumba Afrika Selatan, Ryan Gibbons (jersi kuning) dari pasukan Dimension Data ketika berada di dalam kelompok peloton sempena siri Jelajah Le Tour de Langkawi 2017 (LTdL) peringkat ketiga dari Serdang, Kedah ke Pantai Remis, Perak melibatkan perjalanan sejauh 118km pada 24 Februari 2017. - BERNAMA

HULU SELANGOR: Pelumba Afrika Selatan, Ryan Gibbons daripada pasukan Dimension Data memenangi peringkat kelima Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 sejauh 151.5km dari Meru Raya, Perak ke Kuala Kubu Bharu, di sini pada Ahad.

Kejayaan tersebut sekali gus menyaksikan pelumba berusia 22 tahun itu mengekalkan jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan, yang dimenanginya sejak peringkat kedua pada Khamis lepas.

Dua pelumba Itali - Jakub Mareczko yang mewakili Wilier Triestina dan Marco Benfatto daripada pasukan Androni Giocattoli, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Ketua pegawai perlumbaan, Ibrahim Omar memutuskan catatan masa yang sama 3 jam 27 minit dan 20 saat kepada 10 pelumba teratas yang menamatkan perlumbaan dalam kelompok.

Kapten Terengganu Cycling Team, Mohd Zamri Salleh muncul pelumba terbaik Malaysia dalam saingan hari ini selepas menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-tujuh daripada keseluruhan 107 pelumba.

Rakan sepasukannya, Mohd Shahrul Mat Amin mengekalkan status selaku pelumba terbaik Malaysia keseluruhan selepas lima peringkat perlumbaan. - BERNAMA

LTdL 2017

Artikel Sebelum

Artikel Lain