suria

16 Pasukan Liga Europa: United Diundi Bertemu Rostov

MANCHESTER United diundi bertemu Rostov dalam saingan kelompok 16 pasukan Liga Europa.

Sebelum ini United berjaya mara ke pusingan 16 pasukan terbaik selepas menewaskan St Etienne dengan agregat 4-0 pada pusingan kalah mati sekaligus menduduki tempat kedua dalam Kumpulan A di belakang Fenerbahce.

Dalam pada itu, anak buah Jose Mourinho yang berdepan dengan jadual padat akan terbang ke Rusia pada 9 Mac ini, empat hari sebelum bertemu Chelsea bagi saingan suku akhir Piala FA.

Manakala aksi timbal balik United bertemu Rostov pada 16 Mac di Old Trafford.

United merupakan wakil tunggal kelab Inggeris yang layak ke pusingan tersebut selepas Spurs kecundang dalam aksi kalah mati peringkat kumpulan.

Pemain-pemain United bersama staf akan terbang sejauh 3,744 batu untuk ke Rostov bagi aksi pertama mereka itu.

Ternyata situasi tersebut memberikan 'mimpi ngeri' kepada Mourinho yang merungut mengenai jadual padat sejak kemenangan mereka di Perancis sebelum ini.

"Saya sangat terkejut apabila keputusan dibuat sebelum undian Eropah kerana pada masa ini tidak siapa tahu di mana kami akan bermain bagi perlawanan pertama dan kedua.

"Bayangkan jika kami bermain dengan Chelsea pada Isnin dan selepas itu perlawanan di Rusia, Turki atau Greece?," katanya pada Rabu lalu.




Undian Penuh 16 Pasukan Liga Europa
:

(Perlawanan pertama 9 Mac dan timbal balik 16 Mac)

Celta Vigo lwn Krasnodar

APOEL lwn Anderlecht

Schalke lwn Borussia Monchengladbach

Lyon lwn Roma

Rostov lwn Manchester United

Olympiacos lwn Besiktas

Gent lwn Genk

Copenhagen lwn Ajax 

Manchester United, Liga Europa

Artikel Berikut

Artikel Lain