suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ferrari Perkenal Jentera Baharu SF70H

FERRARI menjadi pasukan keenam Formula Satu (F1) yang memperkenalkan jentera baharu musim 2017 iaitu SF70H pada Jumaat.

Pasukan Scuderia itu memilihkan untuk perkenalkan jenteranya itu secara langsung atas talian (online) dari Fiorano yang menjadi lokasi pertama untuk menguji kereta baharunya itu.

Prinsipal pasukan, Maurizio Arrivabene, ketua teknikal Mattia Binotto dan dua pemandu mereka iaitu Sebastian Vettel serta Kimi Raikkonen turut berada di pentas ketika jentera dilancarkan.

Ferrari memilih untuk kembali menggunakan warna merah sepenuhnya dan membuang elemen putih seperti yang digunakan pada musim 2016.

Pasukan dari Itali itu berharap jenteranya musim ini mampu terus memberi cabaran seperti musim-musim sebelum ini selepas berjaya menjuarai tiga perlumbaan pada tahun 2015, manakala naib juara dunia aksi 2016 di belakang Mercedes.

Ferrari, SF70H

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain