Kami Tidak Ada Masalah - Kapten MU

MELAKA: Desas-desus yang mengatakan kapten Melaka United, Ilija Spasojevic dan bintang baharu kelab itu, Mohd Amri Yahyah saling 'bermasam muka' sejak beberapa minggu lalu, ternyata tidak menggugat rentak skuad Sang Kancil meraih kemenangan kedua Liga Super pada musim ini.

Kemenangan 2-0 ke atas Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV pada Selasa, ternyata membuktikan skuad bimbingan Eric Williams tidak berdepan sebarang krisis serius sehingga boleh menjejaskan prestasi Juara Liga Perdana 2016 itu.

Malah Spasojevic atau lebih mesra digelar sebagai Spaso, tampil untuk memperjelaskan isu yang menyelebungi antara dia dan Amri susulan teguran Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United, Datuk Idris Haron berhubung pergeseran yang berlaku antara dua tonggak penting kelab tersebut.

Pemain kelahiran Yugoslavia itu dikatakan bertelagah dengan Amri atau Wak Am berhubung isu kapten, sekali gus kedua-dua pemain tersebut dikatakan gagal mencapai persefahaman sehingga menjejaskan persembahan Melaka United.

"Sudah tentu tidak benar.

"Saya dan Amri saling menghormati antara satu sama lain serta tidak mempunyai sebarang masalah.

"Kami berdua melakukan yang terbaik untuk memberi kemenangan buat Melaka United," kata pemain berusia 29 tahun itu ketika dihubungi mStar Online.

Kata-kata Spaso terbukti benar apabila dia sendiri menjaringkan gol sulungnya dalam saingan Liga Super 2017 pada pertemuan dengan Kelantan, sekali gus menepis kritikan penyokong yang mengatakan dia kurang menyengat.

Kemenangan itu merupakan yang kedua berturut-turut buat Melaka United selepas bermula hambar pada tiga perlawanan terawal apabila seri sekali dan kalah dua kali.

Rentak cemerlang itu diteruskan selepas kemenangan bergaya ke atas Sarawak pada Sabtu lalu, juga di tempat lawan dan kini Melaka United melonjak ke tangga ketujuh liga dengan mengutip tujuh mata.

Mengulas tentang perlawanan menentang Kelantan, Spaso berkata, dia dan rakan sepasukan gembira kerana mencatatkan satu lagi kemenangan penting pada Selasa.

Malah dia turut menyuarakan keyakinan untuk melakar keputusan positif ketika berdepan Pahang pada Sabtu ini.

"Kami berjaya membawa pulang enam mata dari Sarawak dan Kelantan.

"Kini kami perlu cergas kembali sebelum menentang Pahang yang tidak bermain semalam (Selasa) dan mempunyai rehat lebih lama berbanding kami.

"Tetapi saya tetap optimis kami masih mampu menang pada perlawanan tersebut," ujarnya.

Artikel Berikut

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain