suria

6 Negara Sertai Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2017

IPOH: Enam negara bakal menyertai kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-25 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di sini dari 27 April hingga 6 Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Piala Sultan Azlan Shah, Datuk Abd Rahim Mohd Ariff berkata negara berkenaan ialah Australia, India, Jepun, New Zealand, Malaysia dan Britain.

Beliau berkata Pakistan tidak menyertai kejohanan kali ini.

Tahun lalu tujuh pasukan mengmbil bahagian.

"Kebanyakan pasukan berada dalam kelompok 10 terbaik dunia dengan Australia merupakan pasukan nombor satu dunia, Britain (4), India (6), Malaysia (13) dan Jepun (16)," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia, K. Logan Raj berkata sasaran Malaysia kali ini adalah untuk berada tempat empat teratas.

"Tahun lalu Malaysia mendapat tempat kelima dan kita harapkan tahun ini pasukan negara sekurang-kurangnya akan mendapat tempat keempat.

"Perlawanan ini amat penting untuk Malaysia kerana ia akan menjadi persiapan untuk Kejohanan Liga Dunia dan Piala Dunia," katanya.

Piala Sultan Azlan Shah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain