suria

Liga Super: Nazmi Faiz Sedia Berdepan Dengan Selangor

PETALING JAYA: Pemain tengah Johor Darul Tak'zim (JDT), Muhammad Nazmi Faiz Mansor mengakui sudah bersedia berdepan dengan Selangor menjelang aksi Liga Super Sabtu malam.

Nazmi Faiz,22, yang berhijrah ke JDT musim ini menganggap perlawanan bertemu dengan  bekas pasukannya itu merupakan sesuatu yang penting.

"Selangor iaitu bekas pasukan saya sebelum ini memiliki ramai pemain handal dan sangat bekerja keras.

"Kami tidak akan mengambil mudah dalam perlawanan menentang mereka. 

"Sudah semestinya kami mahukan kemenangan dan beri tentangan yang hebat untuk pasukan pelawat," jelasnya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Sabtu.

JDT bakal menerima kunjungan Selangor di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos dalam aksi yang berlangsung pukul 9 malam ini.

Dalam pada itu, JDT turut mencipta sejarah tersendiri apabila menerima penghargaan daripada Chapecoense De Futbol.

Kelab dari Brazil itu bakal bertandang ke Johor untuk mengadakan perlawanan persahabatan bertujuan sebagai tanda terima kasih di atas sokongan dan bantuan yang telah diberikan JDT ketika tragedi nahas udara yang menimpa mereka sebelum ini.

Nazmi Faiz, JDT, Liga Super

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain