suria

Vettel Kemalangan, Gagal Kawal Jentera

PERMULAAN musim baharu yang agak malang buat Sebastian Vettel selepas mengalami kemalangan pada hari pertama sesi ujian tayar basah Perelli pada Jumaat.

Pelumba kelahiran Jerman itu dilaporkan kemalangan disebabkan oleh kecuaian teknikal.

Bagaimana pun pelumba pasukan Ferrari itu tidak mengalami kecederaan serius setelah gagal mengawal jendera Scuderia.

Selepas kejadian, Ferrari menghentikan sesi ujian tersebut yang berlangsung di litar basah.

Dalam pada itu, tayar basah keluaran Pirelli menjadi kritikan ketika Grand Prix Brazil tahun lalu yang menggambarkan ianya tidak cukup untuk meningkatkan prestasi kelajuan ketika perumbaan.

F1, Sebastian Vettel, Pirelli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain