suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TCH Mahu Kedah Menang Di Darul Aman

PENGENDALI Kedah, Tan Cheng Hoe mahu anak didiknya menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk memastikan tiga mata menjadi milik skuad hijau kuning ketika menerima kunjungan Pahang di Stadium Darul Aman pada Sabtu malam.

Menurutnya, kekuatan skuad Tok Gajah tidak boleh dipandang mudah kerana mereka berjaya di persada Liga Super ketika ini.

Oleh itu, jelasnya, pemain diingatkan untuk memberi sepenuh perhatian dalam perlawanan berkenaan dan memastikan kemenangan menjadi milik Kedah.

Beliau memberitahu, selepas mencatatkan dua keputusan seri dan satu kemenangan dalam tiga perlawanan, kini pemain perlukan kemenangan dengan menewaskan pendahulu liga.

"Sejak  tiga perlawanan lalu ketika bertemu JDT, Sarawak dan Felda, pemain telah beraksi dengan baik sekali untuk memastikan kita terus kekal sebagai pasukan yang belum dikalahkan.

"Tetapi jika mereka ingin mengambil alih tempat Pahang pada carta Liga Super, mereka perlu menewaskan lawan kali ini. Inilah cara kita untuk kita melonjak ke persada liga.

"Saya mahu pemain beraksi seperti biasa dan mengamalkan semua disiplin yang diterapkan dalam sesi latihan. Saya yakin tidak ada sebab mengapa kita tidak mampu mencapai hasrat mengutip mata penuh," katanya kepada mStar Online.

Tambah Cheng Hoe, beliau tidak menghadapi masalah untuk menamakan kesebelasan utama terbaik setelah kesemua pemain yang beraksi di Jengka berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami kecederaan.

"Keadaan Syazwan Zainon juga sudah bertambah baik, malah prestasinya semakin meningkat untuk kita turunkan pada perlawanan kali ini.

"Kehadiran Syazwan mampu memantapkan lagi bahagian serangan kerana dia merupakan pemain yang pantas serta mampu mengugat pertahanan lawan," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain