suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syazwan Zainon Mahu Kembali Cergas

PEMAIN sayap Kedah, Syazwan Zainon ingin kembali cergas sepenuhnya untuk mengisi slot kesebelasan utama skuad hijau kuning bagi menempuh cabaran saingan Liga Malaysia.

Pemain skuad Harimau Malaysia itu memegang watak hero di Stadium Darul Aman apabila menjaringkan gol kemenangan ketika Kedah menewaskan Sarawak 3-2 dalam saingan Liga Super baru-baru ini.

Menurutnya, kejayaan menjaringkan gol dalam perlawanan itu selepas dimasukkan sebagai pemain gantian ada sesuatu yang tidak dijangka dirinya.

"Selepas tidak bermain sejak sebulan lalu, kecergasan saya masih dibawah tahap sebenar untuk menempuh 90 minit perlawanan. Tetapi jurulatih telah berikan kepercayaan dengan memasukkan saya pada babak kedua ketika menentang Sarawak.

"Walaupun tidak sangka akan jaringkan gol tetapi saya bersyukur kerana dapat memberikan kemenangan buat Kedah atau tida mata berharga.

"Sekarang kami perlu memberi tumpuan sepenuhnya untuk perlawanan selepas ini iaitu menentang Felda. Saya harap kami dapat meneruskan rentak memenangan ini," katanya.

Syazwan memberitahu, dia juga akan memberikan tumpuan dalam mengembalikan kecergasan secepat mungkin.

Ini kerana ujarnya, penting bagi setiap pemain untuk kembali cergas selepas mengalami kecederaan supaya dapat kembali berada di atas padang dan memburu kemenangan dalam setiap perlawanan.

Syazwan menyertai skuad hijau kuning pada 2013 dan membantu Kedah menjuarai Liga perdana dan berada di final Piala Malaysia musim 2015.

Dia bersama rakan sepasukan kemudian berjaya membawa pulang Piala Malaysia musim lalu sekaligus memadam dendam kekalahan kepada Selangor.

Artikel Lain