suria

Piala FA: Wenger Puji Welbeck, Benam Southampton 5-0

Walcott (kiri) dan Welbeck menjadi penjaring pada aksi kemenangan 5-0 ke atas Southampton dalam aksi Piala FA, lewat Sabtu malam.

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger memuji penyerangnya Danny Welbeck apabila berjaya menjaringkan gol pertama selepas kembali daripada kecederaan lutut sejak Mei lalu.

Welbeck hanya mengambil masa 15 minit untuk menggegar gawang Southampton pada aksi kemenangan 5-0 pusingan keempat Piala FA lewat Sabtu malam.

"Kami amat dinamik, pantas dan keseluruhannya mempunyai persembahan yang baik lebih daripada 90 minit, malah semuanya bermain dengan cemerlang," jelas Wenger yang terpaksa menyaksikan pemain-pemainya di tempat duduk penyokong kerana digantung empat perlawanan.

"Welbeck telah lama tidak muncul dan saya tidak jangka dia akan menjaringkan gol serta tunjuk keinginan yang tinggi.

"Permainannya sangat tajam kerana dia telah bekerja keras. Dia mempunyai mentak yang kuat sepanjang mengharungi detik sukar".

Welbeck menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-15 dan 22' permainan.

The Gunners yang meletakkan pemain-pemain muda di bahagian tengah, Jeff Reine-Adelaide dan Ainsley Maitland-Niles kini layak mara ke 16 pasukan terakhir untuk tahun ketujuh berturut-turut.

Selain Welbeck, turut beraksi cemerlang adalah Theo Walcott yang melakukan hatrik pada minit ke-35, 69' dan 84'.

Arsenal, Welbeck, Walcott

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Perlawanan Piala FA

Artikel Lain