suria

Piala FA: Wolves Singkir Liverpool 2-1

Stearman menanduk bola ke gawang Liverpool untuk gol pertama Wolves.

SAINGAN Piala FA Inggeris berakhir buat Liverpool apabila tewas 2-1 kepada Wolverhampton Wanderers dalam aksi pusingan keempat di Anfield, Sabtu malam.

Anak buah Jurgen Kloop gagal menggunakan peluang beraksi di tempat sendiri apabila dikejutkan dengan gol pasukan pelawat seawal minit pertama permainan menerusi tandukan Richard Stearman.

Liverpool gagal mencari rentak menghalang kemaraan skuad Paul Lambert apabila gol kedua muncul menerusi Andreas Weimann, empat minit sebelum babak pertama berakhir.

Bagaimanapun Liverpool berjaya merapatkan jaringan pada minit ke-86 menerusi Divock Origi.

Agak terlewat buat The Reds untuk mengejar kedudukan yang menyaksikan perlawanan tamat dengan keputusan memihak kepada kelab Liga Kejuaraan itu.

Kemenangan Wolves itu menyaksikan mereka akan melangkah kaki ke pusingan kelima buat kali pertama selepas tahun 2008.

Senarai pemain:

Liverpool : Karius; Randall (Coutinho), Gomez, Klavan, Moreno; Lucas, Ejaria (Can); Wijnaldum, Woodburn, Firmino (Sturridge); Origi (simpanan): Mignolet, Milner, Stewart, Wilson

Wolves: Burgoyne; Coady, Hause, Stearman, Doherty; Edwards, Saville; Weimann (Mason), Evans, Costa (Ronan); Dicko (Bodvarsson) (simpanan): Lonergan, Batth, Enobakhare, Gibbs-White

Piala FA, Liverpool, Wolves

Artikel Sebelum

Keputusan Perlawanan Piala FA

Artikel Berikut

Artikel Lain