suria

Terbuka Australia: Faktor Umur Bukan Halangan Ke Pentas Akhir

FAKTOR umur bukan penghalang untuk meraih kejayaan dan ianya telah terbukti pada kejohanan Terbuka Australia 2017.

Perlawanan tenis Era Terbuka menyaksikan persaingan epik bukan sahaja bagi kategori wanita akhir dengan persaingan antara dua adik beradik, Serena Williams dan Venus Williams.

Lebih menarik, saingan Grand Slam pertama musim ini dinanti-nantikan semua peminat sukan tenis dunia apabila dua pemain veteran, Roger Federer dan Rafael Nadal bakal berentap di pentas akhir buat kali pertama selepas 2011.

Nadal dan Federer dianggap dua pemain terbaik dengan mempunyai rekod cemerlang tersendiri.

Rekod 'head-to head' perlawanan dikuasai Nadal yang berusia 30 tahun dengan 11-23 manakala Federer,35, lebih cemerlang dalam pencapaian Grand Slam.

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Nadal-Federer kurang menjadi perhatian di pentas akhir dalam mana-mana kejohanan apabila nama Novak Djokovic dan Sir Andy Murray lebih menjadi sebutan.




Federer merupakan bintang veteran Switzerland yang kini berada di ranking ke-17 dunia kembali melangkah ke final bagi memburu gelaran Grand Slam yang ke-18.

Ahad ini menyaksikan Federer muncul pemain lelaki tertua layak ke final sejak Ken Rosewell (39 tahun) dari Australia bersaing di Terbuka Amerika Syarikat 1974. 

Pretasi Federer musim ini dilihat lebih cergas apabila selepas tempoh rehat kecederaan lutut cukup untuk memberinya inspirasi meneruskan perjuangan.

Selama enam bulan Federer berehat memastikan kecederaan pulih dan aksi Terbuka Australia telah membuktikannya apabila dia langsung tidak merasai kesakitan dalam tempoh 13 jam 40 minit sepanjang beraksi enam perlawanan di kejohanan ini sebelum ke final.

Sekiranya sukses pada aksi akhir ini, Federer bakal menambah koleksi Grand Slam  dan trofi  juara Terbuka Australia yang kelima.





Manakala Nadal membuktikan servisnya masih berbisa, malah pengalaman sebagai pemain lama telah membawa pemain yang pernah digelar 'Raja Tanah Liat' ini ke kemuncak kejohanan.

Kekuatan mental dan fizikal memainkan peranan utama ketika dia menewaskan pemain dari Bulgaria, Grigor Dimitrov lebih kurang lima jam permainan.




Ternyata semangat untuk mara ke final bagi merealisasikan rekod Grand Slam yang ke-15, manakala trofi juara Terbuka Australia yang kedua.
Federer, Nadal, terbuka Australia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain