suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Australia: Serena Rangkul Juara, Singkir Kakaknya Venus

SERENA Williams mudah menewaskan kakaknya, Venus Williams bagi merangkul trofi juara Terbuka Australia kali ketujuh dengan keputusan 6-4 6-4 pada aksi final di Rod Laver Arena, Melbourne, Sabtu.

Pertembungan aksi akhir kedua-dua pemain kelahiran Amerika Syarikat ini mengimbas kembali memori pertama mereka berentap di kejohanan ini pada tahun 1998 dan keputusannya memihak kepada Venus,36.

Kemenangan pertama Serena musim ini menyaksikan dia berjaya merekodkan gelaran Grand Slam yang ke-23 keseluruhannya, jauh meninggalkan Venus dengan sembilan rekod.

Serena,35, hanya mengambil masa satu jam 23 minit dengan menguasai permainan biarpun pada set pertama kelihatan dia kurang berpuas hati dengan aksi sendiri dan menghentak raketnya sehingga bengkok.

Sementara itu, Venus terlepas peluang untuk merangkul trofi Terbuka Australia buat kali ketiga selepas 2003 serta rekod Grand Slam yang ke-10.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Venus. Dia adalah seorang yang amat menakjubkan apabila kembali bersaing.




"Saya tidak akan berada di mana-mana (Grand Slam) tanpanya. Dia merupakan sumber inspirasi dan  penyebab saya dan adik-beradik Williams berada di sini," jelas Serena selepas perlawanan.


Ia merupakan perlawanan akhir Serena-Venus yang kesepuluh keseluruhannya selepas tahun 1998.

Kali terakhir mereka bertembung di pentas akhir pada aksi Wimbledon 2009 dengan kemenangan memihak kepada Serena.

Artikel Sebelum

Artikel Lain