Terengganu Kembali Tersenarai Dalam Peta LTdL 2017 - Sukan | mStar

Terengganu Kembali Tersenarai Dalam Peta LTdL 2017

KUALA TERENGGANU: Terengganu disahkan kembali tersenarai sebagai laluan dalam perlumbaan basikal berprestij, Le Tour DeLangkawi (LTdL) 2017, demikian diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Rozi Mamat.

Justeru, isu penarikan laluan negeri itu dalam peta LTdL 2017 yang tersebar di media sebelum ini dianggap selesai. Selaras dengan pengumuman itu, kerajaan negeri bersetuju membantu pihak penganjur menaja keperluan logistik dan penginapan sepanjang perlumbaan itu di negeri ini, katanya pada sidang media pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, Emir Abdul Jalal.

Sebelum ini, kerajaan negeri kecewa dengan keputusan penganjur untuk menggugurkan Terengganu meskipun kerajaan negeri banyak menyokong dan membantu LTdL termasuk memberi sumbangan bagi menjayakan perlumbaan tersebut. 

Bagaimanapun, pada Jumaat pihak penganjur menarik balik pembatalan tersebut dan menyenaraikan kembali Terengganu dalam laluan perlumbaan itu.

Dalam pada itu, Emir berkata pihaknya akan berada di Terengganu bermula 18 Februari depan untuk pengenalan pasukan yang akan menyertai perlumbaan itu.

"Pelancaran dan pengenalan pasukan akan dilakukan secara langsung dan inimemberikan peluang kepada rakyat Terengganu untuk berjumpa dengan pelumba-pelumba profesional yang mereka minati," katanya.

Emir berkata pihaknya juga akan mempromosikan Tahun Melawat Terengganu 201 (TMT2017) di setiap negeri yang dilalui mereka sepanjang perlumbaan dari 22 Feb hingga 1 Mac ini.

Sebanyak 20 pasukan termasuk lima pasukan baharu dijangka menyertai perlumbaan itu yang menerima penyertaan dari negara Australia, Turki, Jepun dan Korea Selatan, katanya.

Mengikut jadual asal, LTDL 2017 akan melibatkan dua peringkat perlumbaan di Terengganu iaitu dari Kuala Berang ke Jertih, dan Jertih ke Grik. -Bernama

LTdL 2017 , Terengganu

Artikel Sebelum

Piala FA: Wolves Singkir Liverpool 2-1

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain