suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

United, Arsenal Berebut Griezmann

ARSENAL sedia mencabar Manchester United dalam  persaingan merebut Antoine Griezman.

Sebelum ini Arsenal pernah mengintai penyerang Atletico Madrid itu selepas Euro 2016, tetapi ianya ditolak kerana kontrak bintang Perancis itu baharu sahaja disambung sehingga 2021.

Namun dilaporkan bahawan kelab elit Eropah itu sedia menerima tawaran untuk Griezmann pada musim panas ini.

Griezmann diundi sebagai pemain ketiga terbaik dunia, di belakang Cristiano Ronaldo dan Lionbel Messi tahun lalu.




Arsenal dilaporkan telah membuat tawaran namun tidak mendedahkan jumlahnya terhadap pemain yang dianggarkan bernilai 85 juta pound (RM473 juta) - satu nilai yang agak besar untuk dikeluarkan oleh The Gunners.

Manakala United pula yakin akan mendapatkan Griezmann berikutan rakan Perancisnya, Paul Drogba turut memberi sokongan untuk menyertainya di Old Trafford.

Selain United dan Arsenal, laporan juga mendedahkan Chelsea serta Manchester City turut berminat untuk mendapatkan pemain ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain