suria

Presiden FAM: Annuar Pertahan 'Orang Politik', KJ Paling Layak

Tan Sri Annuar Musa
PETALING JAYA: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa berkata Khairy Jamaluddin adalah individu paling layak untuk jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Annuar berkata apabila Menteri Belia dan Sukan itu bersetuju menerima pencalonan sebagai presiden FAM, pencalonan dirinya untuk menggalas peranan itu sudah 'tidak lagi releven'.

"Antara mereka yang telah dicalonkan sebagai Presiden FAM, Khairy Jamaluddin adalah calon paling layak.

"Pencalonan diri saya tidak lagi releven bila KJ sudi menerima pencalonan dirinya. Selamat berjaya KJ," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook, Khamis.

Annuar yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, sebarang usaha menolak peranan dan penglibatan orang politik dalam bola sepak tanahair bermaksud menolak dan menafikan peranan majoriti pimpinan bola sepak negara dan negeri pada masa ini.

Katanya, orang yang belum atau tidak memegang jawatan politik tidak semestinya tiada cita-cita politik atau mungkin saudara-maranya orang politik. 

"Adakalanya orang yang dilihat bukan orang politik tapi alang kepalang politiknya," katanya.

Beliau turut memberikan contoh 12 daripada 19 ahli gabungan FAM yang pernah atau sedang dipimpin orang politik dari pelbagai latar belakang seperti DAP, PKR, PAS dan Umno.


Katanya, beberapa negara anggota Fifa juga dipimpin oleh orang politik termasuk menteri dan bekas menteri kabinet.

 Annuar juga memberikan beberapa sebab mengapa Khairy dikatakan calon paling layak.

"Bukan saja beliau adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan sukan negara, tetapi beliau juga berpengalaman mengendalikan pasukan profesional (My Team) dan juga berpengalaman sebagai timbalan presiden FAM.

"KJ, sebagai orang yang diamanahkan menggarap aspirasi generasi muda ke arah penggubalan Pelan Transformasi Nasional 2050 (T50) diharap dapat turut memasukkan aspirasi penyokong dan peminat bola sepak Malaysia yang mahu melihat Malaysia sebagai sekurang- kurangnya 'Top 100 Nation' (sepatutnya Top 50) dalam arena bola sepak.

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana 2017

Artikel Berikut

Artikel Lain