suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tundukkan Wawrinka, Federer Ke Final Terbuka Australia

Roger Federer (kiri) memeluk rakan senegara yang juga pesaingnya di separuh akhir Terbuka Australia, Stan Wawrinka selepas tamat perlawanan. Federer menang, sekali gus melayakkannya beraksi di peringkat akhir. -fotoAFP
PEMAIN tenis dari Switzerland, Roger Federer, melangkah ke final Terbuka Australia 2017 apabila menewaskan rakan senegaranya, Stan Wawrinka dalam perlawanan separuh akhir, di Melbourne Park, Khamis.

Bagaimanapun, Federer, 35, terpaksa berhempas-pulas sebelum meraih kemenangan dengan menundukkan Wawrinka, pemain nombor 4 dunia melalui lima set 7-5, 6-3, 1-6, 4-6, 6-3.

Bagi Federer, ini menjadi final Grand Slam ke-28 atau yang keenam di Terbuka Australia.

Kali terakhir dia berjaya mara ke final Terbuka Australia adalah pada 2010.

Dalam perlawanan akhir, Federer akan bertemu dengan sama ada Rafael Nadal atau Grigor Dimitrov yang akan beraksi dalam perlawanan separuh akhir, Jumaat.

Jika berjaya menjadi juara Terbuka Australia pada tahun ini, Federer bakal meraih gelaran Grand Slam ke-18 sepanjang kariernya.

Artikel Lain