suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serena Jumpa Lucic-Baroni Di Pentas Separuh Akhir

Serena Williams.

SERENA Williams berjaya melepasi halangan pemain Britain, Jo Konta untuk meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir Terbuka Australia selepas menang 6-2 6-3.

Pemain berusia 35 tahun itu menguasai pentas Rod Laver Arena selama 35 minit pertama dengan memenangi dua pukulan permulaan yang jelas mengugat rentak permainan Konta.

Juara Grand Slam 22 kali itu menggunakan sepenuh tenaganya untuk mengatasi Konta dalam masa sejam 15 minit.

"Saya banyak melakukan kesilapan dan sedikit kecewa. Kemudian saya beritahu diri sendiri supaya jangan banyak merungut.

"Saya akui banyak merungut tapi saya katakan kepada diri sendiri supaya berseronok dan nikmatilah perlawanan itu. Saya berjaya melaluinya," kata Serena.

Serena akan bertemu Mirjana Lucic-Baroni, 34, di pentas separuh akhir dalam usaha memburu trofi Terbuka Australia ketujuhnya.

"Ia amat menakjubkan. Saya amat berbangga dengan Mirjana, dia bermain dengan amat baik sekali," kata Serena.



Artikel Lain