suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rafael Nadal Mara Ke Suku Akhir

MELBOURNE: Bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal kembali menggegarkan kejohanan tenis dunia apabila mara ke pusingan suku akhir dalam Terbuka Australia pada Isnin.

Bekas juara dunia itu gagal melayakkan diri ke pusingan suku akhir sejak Terbuka Perancis pada 2015, sekali gus menamatkan badi yang berlarutan selama hampir dua tahun.

Namun pemain berusia 30 tahun itu terpaksa berhempas-pulas untuk menewaskan pemain Perancis, Gael Monfils menerusi pertarungan empat set dengan keputusan 6-3, 6-3, 4-6, 6-4 yang berlanjutan selama dua jam 56 minit.

Kemenangan getir itu membuka peluang untuk Nadal mengejar kejuaraan grand slam yang ke-15 dalam kariernya.

Meskipun pencabar utamanya, Novak Djokovic sudah tersingkir awal pada pusingan kedua, tetapi Nadal mungkin berdepan laluan sukar apabila bertemu bintang Kanada, Milos Raonic untuk melangkah ke separuh akhir.

"Bagi saya, kemenangan ini amat bermakna kerana melayakkan diri ke pusingan suku akhir pada awal musim selepas gagal melakukannya selama beberapa tahun.

"Saya sangat gembira dengan kemenangan ini, lebih-lebih lagi menentang lawan yang kuat," kata Nadal.

Berdasarkan rekod pertemuan, Nadal hanya kalah dua kali kepada Monfils dan menang sebanyak 12 kali.

Rafael Nadal, Terbuka Australia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain